Tempatan

Kawal Jualan Arak, Jangan Haramkan – Wakil DHPP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 05 September 2022 – Penolong Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), R Hareetaran mencadangkan agar tidak mengharamkan arak sebaliknya perlu mencari kaedah untuk mengawal penjualan minuman itu.

Kata beliau, pengharaman arak di negeri yang ditadbir PAS hanya akan mendatangkan perspektif negatif daripada orang bukan Islam terhadap PAS.

Bukan itu sahaja, beliau turut menekankan bahawa pengharaman arak itu juga akan menjadi sumber yang akan digunakan oleh pihak lawan untuk menyerang parti itu.

Walau bagaimanapun, katanya perwakilan itu menyokong tindakan Kedah yang mengharamkan premis perjudian.

Benar arak dijual, kata kumpulan penyokong bukan Islam PAS

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, minuman beralkohol akan menyebabkan seseorang individu itu kehilangan koordinasi gerak tubuh serta mendatangkan gangguan pada pertimbangan dan kewarasan akal fikiran.

Kesan itu akan mengakibatkan individu terbabit terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera atau memory blackout.

Justeru, syariat Islam sekeras-kerasnya mengharamkan perbuatan meminum arak kerana ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan kesan buruk dalam kehidupan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: