Malaysia Kutuk Sekerasnya Serangan Rejim Haram Aparteid Terhadap Rakyat Palestin
PUTRAJAYA, 12 Mei 2023 – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim haram aparteid Israel terhadap bangunan kediaman dan tapak lain di Gaza sejak 9 Mei lalu.
Setakat ini, serangan udara yang dilancarkan Zionis telah mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 30 syuhada termasuk enam kanak-kanak, tiga wanita dan dua orang warga emas, manakala angka mangsa kecederaan mencecah lebih 70 orang awam.
View this post on Instagram
Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia, serangan terbaru ini menunjukkan sikap tidak hormat dan pengabaian rejim haram aparteid Israel terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.
“Komuniti antarabangsa perlu bertindak serentak untuk menamatkan penganiayaan yang dihadapi rakyat Palestin selama beberapa dekad ini,” tegas Kementerian.
BACA JUGA: COVID-19: Korea Selatan Bakal Gugurkan Kuarantin 7 Hari Mulai Jun Ini
BACA JUGA: Ahli Kongres AS Mahu Peristiwa An Nakba Diiktiraf Negaranya
BACA JUGA: JAGA-JAGA: Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut
Dalam pada itu, Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengecam dengan tegas rejim Israel yang tidak henti melakukan penindasan tidak berperikemanusiaan dan jenayah aparteid terhadap rakyat Palestin.
Negara turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meletakkan Israel bertanggungjawab ke atas segala percabulan dan kekejaman yang dilakukan.
Mengakhiri kenyataan, Kementerian juga menegaskan, “Malaysia berpegang teguh dengan pendirian kami bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan sebelum 1967, dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara.”