Antarabangsa

Rejim Haram Aparteid Israel Sekat 20 Syarikat Didakwa Biaya HAMAS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 01 September 2022 – Rejim haram aparteid Israel mengenakan sekatan terhadap 20 syarikat dan individu beroperasi di seluruh Timur Tengah yang didakwa membiayai Gerakan Pejuang Islam Palestin (HAMAS).

Kementerian pertahanan rejim itu mendakwa syarikat-syarikat berkenaan sebagai rangkaian antarabangsa yang beroperasi ‘bertopengkan syarikat yang sah’ di Turki, Sudan, Algeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kami akan terus menggagalkan percubaan HAMAS untuk menyalurkan dana pembentukan pasukan pengganas itu,” ujar Menteri Pertahanan rejim haram aparteid Israel, Benny Gantz dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) juga telah mengumumkan sekatan terhadap banyak syarikat pada Mei lalu. Israel dan AS mengatakan bahawa syarikat-syarikat tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian kewangan yang dikendalikan HAMAS dengan aset ratusan juta dolar.

Gerakan HAMAS telah mengambil alih dalam menjaga Gaza sejak 2007 sejurus selepas pertikaian senjata dengan Fatah (Pertubuhan Pembebasan Palestin). Sejak itu, kawasan tersebut telah dikepung dan dilanda beberapa siri serangan yang dahsyat oleh tentera pendudukan rejim Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: