Antarabangsa

Bantah Kerjasama Dengan Rejim Haram Aparteid Israel, Pengurus Google Letak Jawatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 01 September 2022 – Seorang pengurus Google di Amerika Syarikat, Ariel Koren meletak jawatannya sebagai bantahan terhadap kerjasama syarikat itu dengan rejim haram aparteid Israel.

“Saya akan meninggalkan Google minggu ini kerana tindakan balas dan permusuhan terhadap pekerja yang bersuara. Google memindahkan jawatan saya ke luar negara serta-merta selepas saya menentang kontrak AI/ pemantauan USD 1 bilion dengan Israel,” ciapnya di laman Twitter.

 

“Daripada mendengar suara pekerja yang mahu Google mematuhi prinsip etika, Google secara agresif mengejar kontrak ketenteraan dan melucutkan suara pekerjanya dengan mendiamkan dan bertindak balas terhadap saya dan ramai pekerja lain,” tambah Ariel.

Lapor media Timur Tengah, Google dan Amazon sedang bekerjasama dengan penjajah Zionis itu dalam sebuah projek bernama Projek Nimbus yang menelan belanja sebanyak USD 1.2 bilion.

Projek itu dikatakan boleh membantu rejim haram Israel mengawasi rakyat Palestin serta mengembangkan penempatan rejim itu yang secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Dalam pada itu, wanita itu turut menyeru pekerja Google dan Amazon membaca tentang projek Nimbus sekali gus menggesa mereka untuk menentangnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: