86 Hari Mogok Lapar, Pejuang Palestin Syahid Di Penjara Zionis
RAMALLAH, 03 Mei 2023 – Tahanan pejuang Palestin, Khader Adnan telah mati syahid di penjara rejim zionis Israel selepas 86 hari mogok lapar, ujar Persatuan Tahanan Palestin (PPS) semalam.
Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) memaklumkan bahawa Khader, 44 tahun, telah ditahan pada 05 Februari lalu dan meninggal dunia setelah membuat mogok lapar dalam tempoh yang lama, termasuk enggan mendapatkan sebarang rawatan perubatan.
Khader, bapa kepada 9 orang anak telah bertindak sedemikian sebagai tanda bantahan terhadap penahanannya sebanyak 12 kali sepanjang hidup oleh pendudukan rejim Zionis Israel tanpa sebarang pertuduhan.
BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Adakan Lawatan Khas Di London
BACA JUGA: Letupan Bom Di Jalan Klang Lama, Polis Buru Dua Suspek
BACA JUGA: Jalan Sekitar Teluk Intan Ditutup Sempena Upacara Agama Hindu
Menurut IPS, Khader ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sel penjaranya pagi semalam dan kemudian dipindahkan ke hospital, di mana beliau disahkan meninggal dunia.
Mengulas lanjut, Khader dikenali sebagai pejuang yang tidak jemu memperjuangkan nasib tahanan rakyat Palestin. Laungan ‘Hidup Tahanan!’ tidak pernah berhenti keluar dari mulut beliau setiap kali menyertai demonstrasi memperjuangkan nasib tahanan Palestin yang ditahan tanpa sebarang bukti jenayah.
View this post on Instagram