Lombong Tasik Chini Masih Terhakis
PEKAN, 03 April 2023 – Tasik Chini yang musnah akibat pembalakan dan perlombongan haram dilihat semakin menyedihkan apabila kawasan tersebut kini persis kawasan mati.
Menurut sumber, kawasan lombong berdekatan tasik masih terdedah kepada hakisan namun tiada tindakan yang diambil pihak berkuasa sehingga kini.
“Jika ada perancangan, bila rancangan akan dimulakan?” tanya sumber tersebut.
BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari 30 Ramadan Ini
BACA JUGA: Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok
BACA JUGA: Mogok Doktor Kontrak, PM Digesa Campur Tangan
Katanya, pihak berwajib seolah-olah tidak memandang serius dan berusaha ingin memulihkan pusat penyimpanan khazanah itu.
Penarafan sebagai Rezab Biosfera (BR) oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009 umpama tidak bernilai di mata pihak berwajib.
Lokasi pelancongan berhampiran, Lake Chini Resort milik Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) turut dilaporkan telah terbiar sejak tahun 2019.
“Difahamkan sebanyak RM10 juta sudah disalurkan untuk membaik pulih Lake Chini Resort setelah lokasi itu ditutup dan mengalami kerosakan. Namun tidak diketahui apa jadi dengan RM10 juta itu.”
“Keadaan pintu gerbang bernilai RM1 juta di Lake Chini Resort juga sudah dinaiki pokok menjalar.”
Terdahulu media melaporkan Tasik Chini bakal kehilangan statusnya sebagai rizab biosfera sekiranya tasik itu gagal dirawat dan dipulihkan dalam waktu yang ditetapkan.
Susulan itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah agar aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.
Kebawah Duli Tuanku juga menitahkan agar kawasan Hutan Simpan Chini diperluaskan untuk meningkatkan perlindungan kepada tumbuhan dan haiwan serta memastikan kehidupan Orang Asli di sekitar tasik tidak terus terancam.