Tempatan

Fenomena Gerhana Matahari 30 Ramadan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 April 2023 – Gerhana matahari separa diramalkan akan muncul semula setelah kali terakhir berlaku tiga tahun lalu, pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pakar falak tanah air, Hanafiah Abdul Razak memaklumkan fenomena gerhana itu dapat disaksikan di seluruh negara apabila hampir separuh matahari akan dilindungi bulan pada 20 April kelak.

BACA JUGA: Pertahan Penggunaan Bahasa Melayu, Ahli Parlimen Besut Digantung Dewan Rakyat

BACA JUGA: Ribut Perlis : Kerugian Hampir RM1 Juta

BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotel Diarah Tutup, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan

“Insya-Allah ketika kejadian, bulan akan kelihatan menyentuh matahari pukul 11.04 pagi,” katanya yang juga Imam Masjid Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Iskandar Puteri.

“Jika di Kuala Lumpur, bulan berada di sebelah kanan penglihatan mata kita di ufuk atau kali langit bumi, manakala matahari pula akan berada di sebelah kirinya,” jelasnya.

Gerhana matahari separa atau penuh merupakan fenomena berulang-ulang yang dapat dikira menerusi kaedah ulangan kiraan hilal atau anak bulan takwim Hijrah.

Kali terakhir kejadian itu dapat disaksikan di Malaysia ialah pada 21 Jun 2020 lalu ketika umat Islam di negara ini masih lagi meraikan lebaran iaitu pada 29 Syawal 1441 Hijrah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: