Tempatan

Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 16 Jun 2023 – Tasik Chini berjaya mengekalkan status Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat International Coordinating Council of the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) yang diadakan Paris, pada Rabu lalu.

BACA JUGA: Empangan Hidroelekrik Baleh Siap 5 Tahun Lagi

BACA JUGA: Penantian Giliran Tunai Haji Kini Cecah 148 Tahun

BACA JUGA: Anti LGBT: NGO Mahu SHAKE Beri Latihan Hak Asasi Manusia Kepada MP

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mesyuarat itu mendapati semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR) dan syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan.

“Kerajaan Negeri Pahang komited dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini sebagai tapak biosfera di bawah program Man and the Biosphere.”

“Keputusan ICC MAB35 ini adalah sangat bermakna kepada Kerajaan Negeri Pahang dalam mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini,” ujarnya dalam dalam satu kenyataan media di Facebooknya.

Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan pada tahun 2009.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Pahang melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah mengemukakan laporan periodic review selepas 10 tahun pengiktirafan untuk penilaian semula oleh Sekretariat UNESCO.

“Delegasi negara ke ICC MAB35 telah diwakili oleh NRECC, Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: