Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok
DUNGUN, 03 April 2023 – Laluan utama Jalan Kuala Terengganu Kuantan ditutup mulai esok, 04 April hingga 07 April 2023.
Siaran media Ketua Polis Daerah Dungun memaklumkan hebahan awal penutupan jalan tersebut berikutan kerja-kerja ‘launching beam’ jambatan ECRL Rub 3, Bridge 3 CH217+116 yang akan bermula pada tarikh berkenaan.
BACA JUGA: Mogok Doktor Kontrak, PM Digesa Campur Tangan
BACA JUGA: Artis Diseru Anjur Konsert Di Sarawak Jika Sukar Peroleh Permit Di Semenanjung
BACA JUGA: Sisa Buangan Bazar Ramadan Selangor Meningkat 45 Peratus
Laluan Jalan Kuala Terengganu Kuantan (Laluan T 118) akan ditutup secara kekal dari jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari dan dari jam 02:00 petang hingga 05:00 petang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menetapkan laluan alternatif ke Kuala Terengganu atau Kuantan seperti berikut:
Memetik kenyataan, semua pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan pada hari-hari tersebut dan sentiasa peka serta patuh terhadap arahan pegawai trafik yang bertugas dari masa ke semasa.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di talian 09-8482222.