Tempatan

Mogok Doktor Kontrak, PM Digesa Campur Tangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR, 03 April 2023 – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk segera campur tangan bagi mengelakkan seramai 10,000 doktor kontrak di seluruh Malaysia dari menyertai mogok yang bermula hari ini.

BACA JUGA: Artis Diseru Anjur Konsert Di Sarawak Jika Sukar Peroleh Permit Di Semenanjung

BACA JUGA: Sisa Buangan Bazar Ramadan Selangor Meningkat 45 Peratus

BACA JUGA: Pemimpin Perancis Tempelak Rakan Sejawatan Hadiri Majlis Perasmian Pembukaan Masjid

“Doktor-doktor kontrak tersebut kecewa masalah lantikan ke jawatan tetap belum diselesaikan meskipun sudah berlanjutan selama tujuh tahun.”

Kata beliau, campur tangan Perdana Menteri diikuti jaminan segera dalam menyelesaikan masalah mereka mungkin dapat mengelakkan mogok dilancarkan hari ini sekali gus dibimbangi akan melumpuhkan operasi hospital.

“Perdana Menteri perlu mendengar protes mereka bahawa wujud amalan diskriminasi dan penindasan ke atas doktor-doktor kontrak.”

Dalam masa yang saya, beliau turut menyeru Perdana Menteri agar menasihati Kementerian Kesihatan supaya tidak mengugut doktor-doktor kontrak ini dengan tindakan disiplin mahupun tatatertib di bawah Public Officers (Conduct and discipline) Regulation 1993.

Baru-baru ini, Mogok Doktor Malaysia menerusi hantaran di Instagramnya memberitahu bahawa mereka akan kemukakan enam tuntutan kepada Kerajaan antaranya menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga.

Untuk rekod, mogok tersebut dipercayai akan bermula pada hari ini, 03 April 2023 hingga 05 April 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: