Tempatan

Air Kotor, Jabatan Perhutanan Tangguh Pembalakan Berhampiran Tasik Kenyir

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA BERANG, 16 September 2022 – Semua aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Kenyir diarahkan berhenti seketika kerana didakwa menjadi punca aliran Air Terjun Sungai Lasir bertukar keruh.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Sulaiman Sulong, berkata, keputusan itu diambil sebaik sahaja isu pencemaran berkenaan dilaporkan dalam akhbar dan laman sosial.

Katanya, aktiviti pembalakan di kawasan kira-kira empat kilometer dari hulu Sungai Lasir itu dihentikan aliran air terjun yang menjadi lokasi tumpuan pelancong ke Tasik Kenyir kembali jernih.

Dalam masa yang sama, Sulaiman memaklumkan, faktor hujan lebat juga dipercayai mengakibatkan berlakunya air keruh dan berkeladak.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan berbeza pula menegaskan, isu air berkeladak di Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan bukanlah kerana aktiviti pembalakan.

“Situasi yang berlaku ketika ini tiada kena mengena dengan pembalakan. Kalau kita masih ingat (banjir buruk akhir Februari lalu) ada kelihatan seolah-olah kayu-kayu balak yang jatuh (ke dalam tasik) akibat banjir,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: