Tempatan

Kerajaan Pahang Batalkan Kelulusan Kawasan Balak 40.47 Hektar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 16 Februari 2022 – Kerajaan Negeri Pahang telah membatalkan kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro, Maran, melibatkan tanah kerajaan yang diberikan kepada Amanah Saham Pahang (ASPA) pada 17 Januari lepas. Keputusan ini telah disahkan oleh Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, arahan pembatalan itu dikeluarkan selepas penelitian berdasarkan analisis pasca banjir dilakukan, selain mengambil kira aspek kepentingan awam.

Semua aktiviti prapembalakan di kawasan itu diarahkan berhenti dan semua jentera terlibat sudah dikeluarkan. JPNP memaklumkan lokasi diluluskan di Bukit Makro itu tidak berada dalam kawasan hutan simpan dan semua penilaian terutamanya berkaitan impak alam sekitar telah memperoleh kelulusan daripada jabatan terlibat.

“Kerja pembalakan di kawasan itu masih belum dimulakan oleh pelesen. Hanya kerja awalan membersihkan jalan pengeluaran dan pembinaan matau utama atas tanah kerajaan sahaja yang telah dimulakan.

“Bagaimanapun, JPNP telah mengarahkan kerja itu dihentikan semasa musim tengkujuh dan banjir yang berlaku baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, tular di Facebook sejak Ahad lepas yang mendesak kerajaan negeri membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro yang didakwa diluluskan pada akhir 2020 namun dikatakan operasi pembalakan itu ditangguhkan akibat musim tengkujuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: