Tempatan

NGO Islam Sukar Percaya ‘Janji Minyak’ PMX, Jalankan Tindakan, Baru Boleh Percaya – SUA PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – “Yang kita nak adalah, nombor satu, ialah, kita taknak janji-janji dia. Kita taknak dia cakap janji-janji dia. Kita nak benda yang solid. Directive tu mesti keluar. Tunjuk benda tu dah keluar daripada KDN. Kalau setakat janji benda tak diguna, kita tak mahu. Dia janji macam-macam; minyak turun dan sebagainya. Semua orang tahu janji dia pergi ke mana. Janji minyak turun & tol dan janji-janji lain. Kita nak benda yang konkrit, benda yang kita boleh pegang dan benda yang solid. Keluarkan directive tu, baru kita akan percaya,” tegas Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Aswanizam Alias.

BACA JUGA: Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim

BACA JUGA: Enggan Pakai Nombor ‘Pelangi’, 5 Pemain Bola Muslim Dikecualikan Dalam Perlawanan

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah, Kerajaan Tidak Sepatutnya Tarik Balik Rayuan – Muhyiddin

Kenyataan ini merupakan jawapan dari SUA PEMBELA itu ketika menjawab soalan yang diajukan oleh seorang wartawan ketika sesi soal jawab dalam sidang media anjuran PEMBELA pada Selasa baru-baru ini bertajuk ‘NGO Islam Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah’.

Dalam sesi itu, wartawan bertanyakan soalan pandangan NGO itu mengenai kenyataan Perdana Menteri Kesepuluh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian hanya terpakai di Sarawak.

Tegas Mohd Aswanizam, dalam keputusan Jill Ireland ini, Mahkamah telah membatalkan directive yang dibuat pada tahun 1986.

“Makna tak ada Pekeliling Kerajaan untuk menghentikan penggunaan itu di seluruh Malaysia. Jadi perkara ini, dalam statement yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri tadi, beliau kata: ‘KDN sedang meneliti untuk membuat directive baru. Belum ada’.”

Kelompongan itu menurutnya menyebabkan kalimah Allah ini dibenarkan bukan hanya di Sarawak, tetapi di seluruh Malaysia.

Ini kerana selagi Menteri Dalam Negeri tak selesaikan Isu Perintah Kerajaan yang baru, maka pihak bukan Islam di seluruh negara bebas untuk menggunakan kalimah tersebut. Menurutnya lagi, kenyataan PMX itu salah, tidak sah dan mengelirukan.

Justeru, beliau menuntut PMX mengarahkan KDN mengeluarkan perintah baru yang boleh dipegang dan dipercayai semua orang, bukan hanya janji-janji dan cakap-cakap untuk cepat menutup isu ini.

“Kita nak benda yang konkrit, benda yang kita boleh pegang dan benda yang solid. Keluarkan directive tu, baru kita akan percaya,” tegas Mohd Aswanizam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: