Tempatan

Ibadah Haji 2021: 296 Jemaah Malaysia Layak Pergi – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2021 – Seramai 296 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini berbanding lapan orang untuk tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Jemaah haji akan tiba di empat lokasi yang ditetapkan 17 dan 18 Julai ini sebelum dibawa ke Masjidil Haram untuk tawaf ketibaan dan seterusnya menuju ke tanah suci.”

Selain itu, Tabung Haji (TH) memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah tersebut.

Beberapa hari sebelum itu, Datuk Seri Dr Zulkifli menggesa jemaah haji Malaysia untuk menerima vaksin sedia ada yang diberikan oleh kerajaan susulan pengiktirafan lebih banyak jenis vaksin oleh kerajaan Arab Saudi.

“Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana beri ruang luas kepada penerima vaksin. Saya mengambil kesempatan kepada bakal jemaah khususnya umrah dan haji untuk mengambil vaksin yang telah diberikan kerajaan Malaysia bagi menghadapi Covid-19.”

“Dengan kenyataan dikemukakan Arab Saudi, saya merasakan tak ada lagi masalah untuk kita ambil Sinovac bagi menyekat alasan untuk diizinkan ke Mekah,” kata beliau.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button