Tempatan

Cadangan Pendekkan Tempoh Haji Lebih Mahal Kos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2023 – Cadangan memendekkan tempoh ibadah haji bagi jemaah Muassasah dikatakan tidak dapat mengurangkan malah lebih meningkatkan lagi kos ibadah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd, Na’im Mokhtar memaklumkan, hal itu kerana pendekatan berkenaan akan menyebabkan jemaah berangkat ke Arab Saudi pada waktu kemuncak di mana harga tiket penerbangan dan hotel lebih mahal.

“Secara amnya, dengan memendekkan tempoh itu, bermakna jemaah akan mula menginap di Mekah dan Madinah semasa waktu kemuncak yang mana harga tiket dan sewa bangunan adalah amat tinggi,” katanya.

BACA JUGA: Ambil Serius Kewujudan Jual Beli Organ – KP Kesihatan

BACA JUGA: Perempuan Bawah Umur, Lelaki Ditahan Berkelakuan Tidak Senonoh Di Tempat Awam

BACA JUGA: Tiada Insiden Panik Hari Raya Mengejut Tahun Ini – Pakar Falak

Jelasnya, “Bagi pakej jemaah haji Muassasah yang dikendalikan Tabung Haji (TH), tempoh mereka di sana adalah antara 40 hingga 45 hari. Tempoh ini turut melibatkan tiket penerbangan, penginapan, sajian makanan, pengangkutan bas dan pelbagai perkhidmatan semasa jemaah berada di Arab Saudi.”

Tambah beliau, TH telah berusaha mengawal peningkatan kos dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka masa panjang.

Katanya, cara tersebut dapat menetapkan harga pada satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.

Mohd Na’im mengulas sedemikian sebagai jawapan soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berhubung cadangan untuk mengkaji semula tempoh ibadah haji bagi mengurangkan kos.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: