Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sudah Boleh Keluarkan Wang Untuk Haji
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera sudah boleh membuat pengeluaran bagi tujuan melaksanakan ibadah haji dan pendidikan bermula hari ini.
Kadar maksimum pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji adalah RM10,000 manakala bagi tujuan pendidikan pula adalah RM 3,200.
BACA: Judi Dalam Talian Punca Empat Tentera Maut – Panglima Tentera Darat
BACA: Drone Hizbollah Tembus Langit Israel Ketika Ketua Turus Tentera Israel Di Singapura
BACA: 4 hari di Shah Alam, Banting, Hulu Langat, Tak Nampak Tentera Pun – Harith Iskander
Namun, untuk pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji, pencarum perlulah memenuhi syarat telah mencarum selama sekurang-kuranya 15 tahun dengan LTAT; serta mempunyai pengesahan tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan menyatakan bahawa tindakan membenarkan pengeluaran bagi tujuan pendidikan adalah untuk membantu pencarum mengikuti pengajian peringkat tinggi.
“Ini bagi membantu pencarum yang mengikuti peringkat pengajian tinggi di universiti awam membuat bayaran balik jumlah yuran pendaftaran untuk semester satu,” ujarnya, seperti yang dilaporkan Harian Metro.