Tempatan

Pertimbang Pendekkan Tempoh Pakej Haji – SU Persatuan Ulama Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 24 Januari 2023 – Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Profesor Dr Mohd. Roslan Mohd. Nor meminta Kerajaan mempertimbangkan pemendekan tempoh pakej ibadah haji bagi menyerap peningkatan kos yang berlaku ketika ini.

Menurut laporan tempatan, katanya, tempoh sehingga 40 hari itu menyebabkan jemaah perlu menanggung kos lebih besar terutamanya bahagian penginapan.

“Kalau ikutkan ibadah haji, waktu wajib dalam haji hanya bermula pada hari wukuf dan selesai pada hari tarbiyah atau hari bertahalul, jadi rukun wajibnya adalah wukuf. Wukuf pada 9 dan 10 Zulhijjah sudah boleh selesai rukun utama haji termasuk tawaf serta tinggal selama tiga hari (bagi meluangkan masa di Tanah Suci).”

“Maknanya yang betul-betul penting ialah lima hari, jadi pakej 40 hari itu mungkin boleh dipendekkan kepada 30 hari untuk serap kenaikan kos,” ujar beliau.

Tambahnya, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) atau pengelola jemaah haji (PJH) juga boleh mengkaji semula tempoh tersebut dengan meneliti strategi yang boleh digunakan untuk mengurangkan jangka masa berada di Tanah Suci.

BACA JUGA: Ubat Batuk ‘Beracun’, Kumpulan Ibu Indonesia Saman Kerajaan, Syarikat Farmaseutikal

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

BACA JUGA: AJAIB! Ibu Bapa Hilang Terus Muncul Kerana Bantuan Awal Persekolahan

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan, “Memang Tabung Haji boleh beri subsidi untuk bantu orang ramai tunai haji tetapi dari sudut istitha’ah atau berkemampuan itu, jemaah sendiri perlu menyediakan dari sudut kewangan.”

Sementara itu, pakar ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai pula mencadangkan agar skim wakaf jemaah haji dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, “Melalui cadangan ini, penyimpan yang sudah menunaikan haji boleh mewakafkan sebahagian daripada baki simpanan ke tabung wakaf Tabung Haji. Tabung itu digunakan sebagai pelaburan dan menjadi pendapatan kepada Tabung Haji dan boleh digunakan untuk menampung pertambahan (kos) jemaah akan datang.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: