Antarabangsa

Ubat Batuk ‘Beracun’, Kumpulan Ibu Indonesia Saman Kerajaan, Syarikat Farmaseutikal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 22 Januari 2023 25 buah keluarga telah mengambil tindakan membuat saman berkumpulan terhadap beberapa agensi kerajaan dan syarikat-syarikat farmaseutikal setelah anak-anak mereka sakit teruk disebabkan pengambilan ubatan yang telah dicemari.

Hampir 200 orang kanak-kanak telah meninggal dunia disebabkan sakit buah pinggang akut sejak tahun lalu dan lebih dari seratus yang lain telah jatuh sakit.

BACA JUGA: Pamer Produk Makanan Tamat Tempoh, JKNS Keluarkan 5 Notis Kesalahan

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

BACA JUGA: AJAIB! Ibu Bapa Hilang Terus Muncul Kerana Bantuan Awal Persekolahan

Menurut laporan, pihak berkuasa telah menemui dua jenis bahan yang biasanya terdapat pada cecair anti-beku dan cecair brek, iaitu ethylene glycol dan diethylene glycol yang mana kedua-dua bahan tersebut mempunyai kaitan dengan kesakitan yang dialami kanak-kanak itu.

Skandal di Indonesia itu terbongkar pada masa yang sama sewaktu puluhan kanak-kanak di Gambia telah dilaporkan maut setelah mengambil produk sama yang telah dicemari.

Kini beberapa keluarga mangsa sedang membuat tindakan saman terhadap kementerian kesihatan dan kewangan, pengawal selia ubat-ubatan serta beberapa syarikat serta pembekal produk farmaseutikal.

Salah seorang dari peguam keluarga mangsa telah menyatakan bahawa keluarga-keluarga mangsa menuntut agar Kementerian Kesihatan mengkelaskan kes-kes sakit buah pinggang akut yang disebabkan oleh ubat sirap itu sebagai “kejadian luar biasa” agar segala biaya perubatan dapat ditanggung oleh pihak kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: