Arab Saudi Dapat 2 Juta Serangan Siber Sepanjang Musim Haji
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 12 Julai 2022 – “Lebih 2 juta serangan siber direkodkan dalam tempoh sebulan semasa musim haji,” tegas Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr Abdul Fattah Mashat.
Jelasnya, serangan siber meningkat dua kali ganda selepas Kerajaan Arab Saudi membuat pengumuman membenarkan sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara untuk melakukan ibadah itu bagi tahun ini.
Dalam satu wawancara bersama Al-Saudiah, beliau berkata serangan siber kebanyakannya menyasarkan Kementerian Haji dan Umrah.
“Kementerian Haji dan Umrah menjadi sasaran utama kerana teknologi adalah komponen perkhidmatan paling kritikal yang disediakan oleh kementerian.”
“E-pendaftaran haji digunakan untuk membanteras sindiket haji palsu, namun ia masih dianggap lemah untuk mengganggu e-sistem dan e-trak.”
Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya telah mengetahui siapa dalang perbuatan itu dan sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Siber Negara untuk meningkatkan keselamatan negara.
Dalam pada itu, dia memaklumkan pemilihan jemaah haji pada tahun ini dilakukan sepenuhnya secara elektronik tanpa campur tangan manusia.