Tempatan

Undi Melayu Rencam Walaupun Sentimen Anti DAP Tebal – Badan Pemikir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2023 — Corak pengundian kaum Melayu dilihat masih pelbagai walaupun dimomok dengan sentimen anti-DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Iman Research, setiap kali pilihan raya, pasti sentimen hak Melayu dan Islam timbul dan menjadikan banyak parti politik berasaskan etnik berjuang untuk demografi yang sama, orang Melayu.

BACA JUGA: Larang Beri PrEP Pada Pasangan Homoseks, Kumpulan Advokasi Sanggah

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan, Ahli UMNO Lapor ROS

BACA JUGA: Pamer Produk Makanan Tamat Tempoh, JKNS Keluarkan 5 Notis Kesalahan

Ini kerana segmen pengundian Melayu sahaja dianggarkan sekitar 40 peratus daripada jumlah pengundi, sebahagian besar daripada pai.

Dalam laporan Analisis Sentimen Pilihan Raya Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia, pengundi Melayu dilihat cenderung memilih berdasarkan pemimpin bebas rasuah dan pemimpin yang akan menjaga kedudukan dan ‘menjaga’ orang Melayu.

Justeru itu, dalam kempen PRU-15 baru ini, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membawa naratif Melayu-Islam dan bebas rasuah, meninggalkan Barisan Nasional atau UMNO jauh di belakang.

Namun begitu, tiada kepastian PH atau PN akan memenangi pilihan raya memandangkan undi Melayu masih rencam.

“Sebahagian pengundi Melayu yang ditemubual mengakui takut kalah pada parti bukan Islam, namun ada juga yang menolak taktik menakut-nakutkan bahawa kemenangan bukan Islam akan berlaku.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: