Antarabangsa

Banjir Terburuk Sejak 6 Dekad, China Bimbang Letusan Wabak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 09 Ogos 2023 – China Utara memberi amaran letusan wabak penyakit tanaman dan haiwan yang merebak apabila air banjir surut selepas dilanda banjir terburuk dalam tempoh enam dekad.

Wilayah Hebei yang berkongsi sempadan dengan ibu negara Beijing dilanda hujan lebat sejak minggu lalu susulan ribut akibat Taufan Doksuri yang menjejaskan tanaman musim luruh dan merosakkan peralatan pertanian.

BACA JUGA: Curi Air, Kilang Besi Berdepan Denda Dan Hukuman Penjara

BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam

BACA JUGA: Tiada Cuti Khas Di Pulau Pinang 12 Ogos Ini

Menurut Menteri Pertanian negara berkenaan, Tang Renjian yang melakukan pemeriksaan di kawasan terjejas baru-baru ini berkata pihak berkuasa tempatan mesti meningkatkan langkah untuk mencegah dan mengawal wabak penyakit utama yang disebabkan oleh haiwan yang mati, perosak serta serangga.

Ia adalah susulan daripada ladang-ladang di wilayah tersebut yang terjejas teruk dengan kebanyakan haiwan seperti khinzir dan biri-biri mati lemas serta tanaman musnah.

Memetik kepada media tempatan, sekurang-kurangnya sepuluh orang maut dalam beberapa kejadian banjir di wilayah tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: