Tempatan

PRN: Rakyat Mahu Wakil Rakyat Dipilih Mampu Selesai Masalah Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 04 Ogos 2023 – Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini diharap dapat membuka jalan penyelesaian bagi lebih 500 penduduk Kampung Kuantan yang sering ditimpa bencana banjir sejak dua dekad lalu.

Seorang penduduk, Aida Idris, 57, berkata, banjir di perkampungan tersebut akan berlaku setiap kali hujan lebat melebihi dua jam.

“Setahun dua kali banjir akan berlaku di sini. Keadaan lebih parah apabila paras air naik lebih tinggi sekiranya kunci air berdekatan Sungai Klang bermasalah.”

“Air akan naik paras buku lali kalau berlakunya banjir kilat. Paras air paling tinggi naik ketika tragedi banjir besar Selangor pada tahun 2020 sehingga saya rugi RM10,000,” katanya.

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Pesawah Mohon Bantuan Sepanjang ‘Direhatkan’

BACA JUGA: Bonda Sultan Mangkat: Terengganu Larang Sebarang Himpunan Hiburan Sampai Isnin

BACA JUGA: Pencemaran Bau: JAS Perluas Operasi Kenal Pasti Punca

Namun begitu, Aida berkata dia tidak pasti punca utama tetapi salah satunya ialah disebabkan pertambahan rumah yang tidak seiring dengan pembinaan dan pembesaran longkang.

Seorang lagi penduduk, Nur Syuhadah Ahmad Fauzi, 45, pula berkata, masalah banjir di situ membuatkannya lelah dan trauma untuk membersihkan rumah dan tidak berani membeli banyak perabot.

“Dokumen penting seperti sijil kahwin, surat beranak, laptop dan lain-lain lagi saya letak di tingkat atas.”

“Namun, kasihan kepada penduduk yang rumahnya hanya satu tingkat sahaja. Harap bakal ADUN dapat tolong selesaikan masalah ini,” katanya yang tinggal di situ sejak 2010.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRN kali ini antara Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Harun mewakili Perikatan Nasional (PN), Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen (MUDA) serta Danial Al-Rashid untuk gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: