Tempatan

LPPPQ Lulus Pemuliaan Lebih 10 Ribu Bahan Al Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Ogos 2023 – Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) telah meluluskan pemuliaan (pelupusan) terhadap 10,788 unit bahan al-Quran dan 2,512 naskhah teks al-Quran seluruh negara.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof berkata, “Pemuliaan ini dilaksanakan terhadap teks atau bahan al-Quran yang tiada perakuan KDN, kesilapan pada ayat, rosak atau usang.”

Menerusi mesyuarat LPPPQ Kali Ke-108/ Bilangan 2.2023, ahli lembaga telah memutuskan beberapa ketetapan, antaranya, melarang pengimportan, penjualan dan pengedaran al-Quran dan terjemahan tanpa teks bahasa Arab.

BACA JUGA: Polis Sahkan Insiden Kepala Babi Atas Bendera PN

BACA JUGA: Lebih Separuh Premis Awam Tidak Mencapai Standard Mesra OKU – KPWKM

BACA JUGA: Badan Khusus Dan Bajet Kerajaan Pusat Perlu Bantu Pulih Tasik Chini

Selain itu, mereka juga menetapkan bahawa semua terjemahan ayat al-Quran di Malaysia hendaklah berpandukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tambah Nik Yusaimi, setakat ini, hanya 932 jenis al-Quran sahaja dibenarkan untuk dicetak, diterbit, diimport dan diedar di dalam negara.

Lantas itu, KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penjualan, pengedaran atau bahan al-Quran yang melanggar akta.

Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh dihukum maksimum lima tahun penjara dan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: