Tempatan

Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri Pahang, Lelaki Didenda RM200,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 10 Ogos 2023 – Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM200,000 ke atas seorang lelaki di atas pertuduhan menceroboh tanah milik Kerajaan Negeri bagi mengeluarkan pasir silika secara haram.

Lelaki tersebut yang juga penyelia syarikat mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan tersebut iaitu pada Februari dan April tahun ini di Kampung Sungai Ular.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa menduduki tanah Kerajaan bersebelahan Pusat Latihan dan Akademik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang di Kampung Sungai Ular tanpa kebenaran yang sah pada 05 April 2023 jam 1 petang.

BACA JUGA: LPPPQ Lulus Pemuliaan Lebih 10 Ribu Bahan Al Quran

BACA JUGA: Seludup Organ: Mustahil Pihak Berkuasa Tidak Tahu

BACA JUGA: Polis Sahkan Insiden Kepala Babi Atas Bendera PN

Bagi kesalahan kedua pula, dia didapati melakukan kesalahan yang sama pada 13 Februari 2023 jam 4.50 petang di kawasan berhampiran dan didakwa dibawah seksyen yang sama.

Berdasarkan fakta kes, pegawai penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang melakukan pemantauan telah menahan tujuh buah jentera yang terlibat bagi mengeluarkan pasir silika secara haram bagi kedua-dua kes pada Februari dan April tersebut.

Tertuduh juga didakwa telah mengeluarkan arahan kepada pemandu untuk melakukan pemindahan pasir silika di kawasan tersebut.

Menurut pihak pendakwaan, kesalahan itu perlu dipandang serius kerana ia bukan sahaja merugikan Kerajaan Negeri malah memusnahkan alam sekitar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: