Antarabangsa

Kedutaan Rusia Di Washington Dedah Rancangan CIA Rekrut Warga Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 25 November 2022 – Kedutaan Rusia di Washington pada Khamis lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa usaha CIA dalam merekrut ejen-ejennya dalam kalangan warga Rusia adalah bukti bahawa Amerika Syarikat (AS) ingin menjatuhkan negara tersebut.

Pada kenyataan yang sama, Rusia turut mengatakan bahawa usaha-usaha AS itu tidak akan berjaya sama sekali.

Kedutaan tersebut membuat kenyataan sedemikian ketika memberi ulasan mengenai laporan terkini Wall Street Journal yang mendedahkan bahawa Timbalan Pengarah Operasi CIA, David Marlowe telah menzahirkan minat beliau dalam merekrut warga Rusia yang merasa “jijik” dengan konflik di Ukraine.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa Marlowe juga mengumumkan bahawa agensi tersebut “terbuka bagi berurusan”.

Menurut kedutaan Rusia di Washington, kenyataan Marlowe itu “hanyalah memastikan mengenai tindakan permusuhan Washington bagi tujuan untuk melemahkan negara kami dari dalam melalui kaedah-kaedah subversif yang rumit”.

Pihak yang sama turut mengisytiharkan bahawa sebarang percubaan bagi menyemai benih-benih perselisihan di Rusia itu “akan gagal”.

Mereka turut mendakwa bahawa kebanyakan daripada warga Rusia menyatakan sokongan mereka terhadap operasi ketenteraan Moscow di Ukraine yang telah bermula sejak bulan Februari lalu.

Pada bulan lalu, Kementerian Luar Rusia telah menyeru duta Belanda di Moscow untuk membantah percubaan-percubaan agensi-agensi sulit Barat dalam merekrut warga Rusia yang berkhidmat di luar negara. Menurut kementerian tersebut, agensi-agensi sulit AS telah cuba untuk mendekati beberapa diplomat Rusia di Belanda sekurang-kurangnya dua kali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: