Antarabangsa

Sebar ‘Maklumat Palsu’ Tentang Konflik Ukraine, Rusia Saman Wikipedia Dan Apple

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 04 OGOS 2023 – Sebuah mahkamah di Rusia telah bertindak mengenakan saman terhadap Apple serta hos Wikipedia atas sebab gagal untuk membuang bahan-bahan yang bersifat ‘maklumat palsu’ berkenaan tindakan ketenteraan Rusia di Ukraine.

Saman yang dikeluarkan pada Rabu lalu mengenakan sejumlah 3 juta rubles yang bersamaan dengan $33,000 terhadap Wikipedia Foundation atas sebab laman web tersebut mengekalkan bahan-bahan berbahasa Rusia yang telah melanggar sebuah undang-undang mencemarkan nama baik ketenteraan Rusia serta menyebarkan maklumat palsu berkenaan konflik di Ukraine.

BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Pesawah Mohon Bantuan Sepanjang ‘Direhatkan’

BACA JUGA: Bonda Sultan Mangkat: Terengganu Larang Sebarang Himpunan Hiburan Sampai Isnin

Perkara berkenaan saman terhadap Wikipedia Foundation itu telah dilaporkan oleh agensi berita Interfax. Selain itu, saman yang sama turut dikenakan terhadap Apple atas kesalahan gagal untuk memadamkan beberapa podcast dan aplikasi-aplikasi yang mengandungi maklumat yang sama.

Apple telah dikenakan saman yang lebih rendah berbanding Wikipedia Foundation dengan jumlah sebanyak 400,000 rubles yang bersamaan dengan $4,400.

Sejak bermulanya operasi ketenteraan Rusia di Ukraine pada Februari 2022, Rusia telah beberapa kali menggunakan undang-undangnya dalam menghukum kritikan terhadap tindakannya itu.

Sebelum ini juga jurucakap Kremlin telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak akan mengadakan sebarang temu bual dengan mana-mana wartawan media Barat, sehinggalah Barat ‘menunjukkan minat terhadap kebenaran’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: