Antarabangsa

Laman Sosial Rusia Digodam, Maklumat Peribadi Disebarkan, Rakyat Rusia Diugut

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 23 Mac 2022 – Lapor Kyiv Independent, terdapat pihak yang telah menggodam laman media sosial Rusia, Vkontakte (VK), dan menyebarkan berita-berita berkaitan peperangan Rusia – Ukraine kepada rakyat Rusia.

Menurut tangkap layar yang dikongsikan seorang pengguna laman Twitter, sebaran tersebut menyatakan bahawa askar Rusia telah gagal dan rakyat Ukraine berjaya menampan serangan-serangan yang dilakukan tentera Rusia.

“Tiada satu pun tugasan ‘operasi khas’ (Rusia) diselesaikan. Rakyat Ukraine berkumpul dan dengan satu nada (berjaya) menampan keganasan (Rusia).”

BACA: Ukraine Jemput Ibu Askar Rusia Datang ‘Kutip’ Mayat Anak Mereka

BACA: Ukraine Cuba Hapus Bukti Cipta Virus Dalam Makmal

BACA: Penggodam Rusia Dibayar Guna Matawang Kripto

Mesej tersebut turut menyatakan bahawa belasan ribu mayat tentera Rusia telah ditanam di Ukraine.

“Lebih 11 ribu (mayat) ditimbus di bawah tanah Ukraine. Tiada sesiapa yang bergegas untuk mengutip mayat-mayat tersebut.”

Mesej tersebut kemudiannya ‘mengugut’ mana-mana rakyat Rusia yang didapati menyokong Rusia melalui mesej-mesej mereka bahawa mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Vkontakte telah digodam. Semua data peribadi, hantaran dan perbualan pengguna telah dipindahkan dan diserahkan kepada badan berkuasa.”

“Sebarang mesej yang menyokong penaklukan Rusia atau gambar profil huruf ‘Z’ boleh ditafsirkan sebagai jenayah.”

Leave a Reply

Back to top button