Antarabangsa

Rusia Ugut Tembak Satelit Barat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 17 Oktober 2023 – Beberapa media telah melaporkan bahawa Rusia telah membuat kenyataan mengenai kemungkinan untuk negara itu menembak satelit-satelit pihak Barat jika ianya digunakan untuk membantu Ukraine dalam peperangan.

Laporan media terbabit telah menyebutkan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Luar Rusia pada Isnin lalu.

Agensi berita Rusia, Tass telah menyebutkan bahawa menerusi sebuah sesi temu bual bersama wartawan negara tersebut, Vladimir Ermakov selaku ketua bagi Jabatan Non-Proliferasi dan Kawalan Senjata Kementerian Luar Rusia telah menyatakan bahawa satelit-satelit Barat yang bersifat seakan-akan milik awam boleh menjadi sasaran yang sah bagi serangan balas.

Ianya berikutan terdapat satelit yang digunakan untuk membantu pihak ketenteraan Ukraine di dalam konflik di antara Rusia dan Ukraine.

Namun Ermakov tidak menyatakan nama syarikat yang telah dikenal pasti membantu Ukraine di dalam perang menerusi teknologi satelit. Ujarnya lagi,

“Kami secara konsisten telah menarik perhatian komuniti antarabangsa terhadap trend yang merbahaya ini, yang telah melampaui tahap kegunaan selamat bagi teknologi angkasa yang mana ianya telah ditunjukkan secara jelas menerusi kejadian-kejadian di Ukraine”.

Sebelum ini, timbalan pengarah bagi jabatan yang sama, Konstantin Vorontsov juga pernah mengeluarkan kenyataan yang serupa iaitu pada Oktober 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: