Antarabangsa

5 Kuasa Besar Nuklear Dunia Diambang Konflik Bersenjata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 03 November 2022 – Rusia telah memberi amaran bahawa kelima-lima kuasa besar yang memiliki nuklear di dunia kini sedang dalam keadaan yang amat hampir dengan konflik bersenjata di mana ianya akan menyebabkan kesan yang amat dahsyat.

Amaran tersebut dikeluarkan menerusi sebuah kenyataan oleh Kremlin pada Rabu lalu. Pada kenyataan yang sama juga turut dinyatakan bahawa usaha mengelak dari terjadinya pertempuran di kalangan negara-negara yang mempunyai kemampuan nuklear adalah suatu perkara menjadi keutamaan mereka.

Namun Kremlin turut menyatakan bahawa pihak Barat yang sebenarnya ‘menggalakkan provokasi dengan senjata pemusnah besar-besaran’.

Menteri Luar Rusia menyatakan bahawa pihak mereka sangat yakin bahawa dalam keadaan yang rumit dan tidak dapat dijangka yang disebabkan oleh tindakan yang tidak bertanggungjawab dan biadab oleh pihak yang bertujuan untuk menjatuhkan keselamatan nasional Rusia, tugas utama mereka kini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang pertempuran ketenteraan yang menggunakan kuasa nuklear.

Dalam pada itu, Rusia turut menyatakan yang mereka kini tetap dengan deklarasi bersama yang telah dipersetujui bersama Amerika Syarikat (AS), China, Britain serta Perancis pada Januari lalu berkenaan tanggungjawab bersama kelima-lima negara dalam mengelak dari perang nuklear. Sebagaimana kenyataan kementerian luar mereka,

“Kami memastikan sepenuhnya komitmen kami terhadap kenyataan bersama dalam lima negara yang mempunyai kuasa senjata nuklear, dalam mencegah daripada perang nuklear serta mengelak daripada pertempuran bersenjata, daripada 3 Januari 2022.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: