Antarabangsa

Menteri Luar Turkiye, Rusia, Syria & Iran Bakal Bersidang Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 12 April 2023 – Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusogu telah menyatakan bahawa sebuah pertemuan akan berlangsung di antara menteri-menteri luar Turkiye, Rusia, Iran serta Syria yang berkemungkinan akan diadakan di Moscow pada awal Mei ini. Menurutnya,

“Kami merasakan bahawa ianya akan berlangsung dalam tempoh seperti awal Mei, menurut maklumat awal yang kami terima daripada pihak Rusia. Ianya akan berlangsung di Moscow dan kini dijadualkan pada awal Mei”.

BACA JUGA: MAKLUMAN: Jalan Menuju Ke JB Ditutup Bermula Esok

BACA JUGA: Polis China Upah Pengintip Larang Muslim Uyghur Berpuasa

BACA JUGA: Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Segala Tuduhan

Cavusoglu mengeluarkan kenyataan sedemikian pada Isnin lalu menerusi sebuah sesi temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi sebuah badan penyiaran Turkiye.

Menurutnya lagi, perkara yang sama turut dibincangkan sewaktu lawatan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ke Ankara pada Jumaat lalu.

Tambah Cavusoglu, tujuan bagi semua perbincangan tersebut adalah untuk memperbaharui proses politik, melanjutkan kestabilan dan keamanan, melawan terorisme serta menjamin integriti wilayah serta sempadan Syria.

Pada Disember lalu, menteri-menteri pertahanan serta pemimpin-pemimpin perisikan daripada Turkiye, Syria dan Rusia telah bertemu di Moscow dan telah bersetuju untuk meneruskan pertemuan tiga belah pihak terbabit dalam menjamin kestabilan Syria dan rantau itu.

Iran turut terlibat di dalam siri perbincangan tersebut, di mana Turkiye pernah menyatakan bahawa “Ankara amat berbesar hati jika Iran juga terlibat di dalam proses ini”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: