Antarabangsa

Dakwa Rusia ‘Ajar’ Iran Kawal Protes, AS Gusar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 27 Oktober 2022 – Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre, telah mendakwa bahawa White House percaya Rusia berkemungkinan terlibat memberikan panduan kepada pihak berkuasa Iran untuk mengawal tunjuk perasaan yang kian marak di Iran.

“Kami risau Moscow mungkin sedang menasihati Tehran untuk strategi, melihatkan kepada pengalaman Rusia dalam mengawal demonstrasi terbuka,” ujar beliau, menurut sebuah laporan.

Dalam pada itu, Karine juga tidak teragak-agak untuk menunding jari kepada Iran, dan menuduh bahawa Iran telah membantu Rusia dalam peperangan di Ukraine.

“Bukti bahawa Iran membantu Rusia memerangi Ukraine adalah jelas dan terbuka. Iran dan Rusia semakin erat apabila mereka semakin terasing.”

“Pesanan kami kepada Iran adalah jelas – berhenti membunuh rakyat anda dan berhenti menghantar senjata kepada Rusia untuk membantu membunuh rakyat Ukraine,” tegas Karine.

Namun, menurut laporan yang sama, bukti yang didakwa ada oleh Karine dan John Kirby (Koordinator Perhubungan di National Security Council AS), tidak dikemukakan dalam sesi penjelasan tersebut.

Kerajaan Iran juga telah menafikan tuduhan daripada AS tentang penglibatan mereka dalam peperangan di Ukraine.

“Iran tidak menghantar senjata kepada mana-mana pihak di Ukraine dan mahu supaya peperangan dan kehilangan tempat tinggal berakhir,” tegas Kementerian Luar Iran dalam sebuah kenyataan.

Keadaan di Iran kini adalah bergolak susulan protes yang tercetus apabila Mahsa Amini, seorang wanita, dikatakan telah meninggal dalam tahanan setelah ditahan pihak berkuasa Iran kerana cara pemakaian tudungnya yang menampakkan rambut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: