Antarabangsa

Mesej Bocor Bukti Media Salah Lapor, Nyaris Memulakan Perang Global

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 25 November 2022 – Komunikasi dalaman daripada Associated Press (AP) yang telah dikeluarkan oleh jaringan berita online Semafor telah menunjukkan bagaimana para penyunting telah meluluskan berita palsu mengenai peluru berpandu Rusia menyerang Poland.

Wartawan yang bertanggungjawab dalam menulis berita palsu ini sudahpun dipecat, namun masih tidak dapat dipastikan sama ada sumber “Perisikan AS” diperolehinya itu telah diberi maklumat salah ataupun ianya merupakan sebuah penipuan yang sengaja dilakukan.

Selasa lalu, AP telah menerbitkan sebuah berita yang dinukilkan daripada “seorang pegawai senior perisikan Amerika Syarikat (AS)” yang telah mendakwa bahawa “peluru berpandu Rusia telah dihalakan terhadap Poland dan telah menyebabkan dua orang mati”.

Para pekerja AP telah dimaklumkan mengenai berita tersebut oleh Jim LaPorta, seorang wartawan keselamatan kebangsaan, yang mana di biodata Linkedln beliau tertulis bahawa beliau merupakan mantan “ketua sel perisikan” di bahagian ketenteraan laut AS.

Lisa Leff, seorang penyunting berita bagi AP bahagian Eropah telah bertanya kepada LaPorta sama ada beliau boleh menerbitkan amaran tersebut tanpa sebarang kepastian daripada pihak Poland ataupun sumber lain dan ianya telah dijawab oleh LaPorta dengan jawaban “above my pay grade”.

Timbalan bagi berita Eropah, Zeina Karim seterusnya telah membuat keputusan untuk menerbitkan berita tersebut dengan kepercayaan bahawa ianya telah betul-betul dipastikan kesahihannya.

Venessa Gera, wartawan AP di Warsaw telah menyatakan bahawa agensi tersebut mempercayai perisik-perisik AS bagi menyediakan maklumat yang tepat dengan menulis, “saya tidak boleh bayangkan pegawai perisikan AS akan salah dalam hal ini. Namun hakikatnya, sumber itu adalah tidak benar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: