Antarabangsa

Rusia Sedang Persiap Armada Nuklear?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 17 Oktober 2022 – Menurut sebuah laporan antarabangsa, pesanan amaran (NOTAM) telah disebarkan melalui laman-laman telegram pro-Rusia yang mengarahkan pengosongan ruangan udara beberapa kawasan meliputi Lautan Barents dan Kara.

Namun, pemerhati antarabangsa kini terpaksa ‘bersengkang mata’, kerana beberapa kawasan yang diminta untuk dikosongkan tersebut dikatakan merupakan tapak yang dahulunya pernah menjadi kawasan ujian nuklear.

Antara kawasan tersebut adalah Novaya Zemlya, salah satu dari dua kawasan ujian nuklear terbesar yang pernah digunakan oleh Kesatuan Soviet Rusia (USSR) pada sekitar tahun 1960-an.

Menurut seorang pakar, kerajaan Rusia berkemungkinan mengarahkan pengosongan ini untuk menjalankan ujian senjata dan eksesais tembakan senjata.

“Melihat kepada kandungan pesanan NOTAM dan sistem amaran pengendalian Rusia (PRIP), sekurang-kurangnya sebahagian dari kawasan yang dilarang adalah berkait dengan urusan ujian persenjataan dan eksesais tembakan senjata,” ujar Kristian Åtland, Felo Penyelidik Kanan di Norwegian Defence Research Establishment (FFI).

Antara kawasan yang diarahkan untuk dikosongkan tersebut adalah:
· Sebuah kawasan di utara Semenanjung Varanger.
· Sebuah kawasan di tenggara Kepulauan Bear.
· Kawasan utara perairan Kepulauan Kildin.
· Kawasan Selatan Lautan Kara.
· Kawasan sekitar Novaya Zemlya.
· Kawasan antara Kepulauan Bear dengan Kepulauan Edge.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: