Antarabangsa

Ukraine Tagih RM4.4 Bilion Duit Minyak Rusia Daripada Shell

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 23 April 2023 – Seorang penasihat bagi Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, telah meminta agar syarikat minyak gergasi Shell mendermakan hasil daripada jualan aset Rusia mereka kepada Ukraine.

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada CEO Shell, Wael Sawan pada Isnin lalu, Oleg Ustenko yang merupakan penasihat ekonomi bagi Zelenskyy telah menyeru firma gergasi itu untuk mendermakan hasil daripada penjualan minyak dan gas Siberia kepada tabung Kiev.

BACA JUGA: Kualiti Udara Chiang Mai & Bangkok Antara Paling Teruk Di Dunia

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

BACA JUGA: Wanita Maut Pulang Dari Masjid, Dilanggar Pemandu Mabuk

Surat tersebut menyatakan bahawa penjualan tersebut bermakna pemindahan dana yang bernilai lebih daripada $1 bilion daripada tunai Rusia kepada akaun-akaun Shell akan berlaku.

Ustenko juga menerusi surat tersebut menyatakan bahawa pihak Ukraine menyeru Shell untuk meletakkan sebarang hasil jualan atau dividen untuk digunakan oleh mangsa-mangsa peperangan.

Beliau juga menambah bahawa terdapat kes moral yang beliau sifatkan sebagai luar biasa dalam penyerahan wang tersebut kepada pihak kerajaan.

Shell telah menarik penyertaannya daripada pasaran Rusia setelah Moscow melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada Februari lalu dengan mengumumkan bahawa ianya akan menghapuskan aset-aset mereka di negara tersebut yang jumlahnya mencecah $5 bilion.

Menerusi laporan-laporan media Rusia pada minggu lalu, pegangan Shell pada projek perkembangan mintak dan gas Sakhalin-2 akan dibeli oleh syarikat tenaga Rusia Novatek dengan nilai $1.1 bilion.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: