Antarabangsa

Datuk Bandar Kedua Terbesar Ukraine Didenda Kerana Bercakap Dalam Bahasa Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 25 November 2022 – Kiev telah bertindak mengenakan denda terhadap Datuk Bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkov kerana telah menggunakan bahasa yang disifatkan oleh mereka sebagai “non-state” pada suatu sesi di sebuah saluran TV rasmi negara itu.

Datuk Bandar Igor Terekhov sebelum ini telah bertutur dalam bahasa Rusia sewaktu sesi tersebut dan perkara ini telah menyebabkan beliau dikenakan hukuman.

Menurut Taras Kremin, seorang ahli Suruhanjaya Perlindungan Bahasa Kebangsaan Ukraine, Terekhov harus membayar denda sejumlah 3,400 hryvnas, ataupun bersamaan dengan RM410.31 atas kesalahan melanggar bahasa kebangsaan.

Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu. Kenyataan tersebut turut menyatakan mengenai Datuk Bandar tersebut,

“…telah menggunakan bahasa bukan kebangsaan dalam membuat penyampaian terhadap warga bandar Kharkov.”

Kenyataan yang sama turut mendakwa bahawa perbuatan Terekhov tersebut adalah merupakan sebuah “kesalahan pentadbiran”.

Undang-undang bahasa kebangsaan Ukraine telah diputuskan oleh Presiden sebelum ini, Pyotr Poroshenko pada 2010 di mana ianya mewajibkan pegawai awam Ukraine untuk hanya menggunakan bahasa kebangsaan mereka ketika melaksanakan tugas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: