Antarabangsa

Mekah & Jeddah Dilanda Banjir Besar, Dua Terkorban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 25 November 2022 – Dua orang maut selepas banjir besar melanda barat Arab Saudi termasuk Jeddah selepas hujan lebat turun tanpa henti di negara itu.

“Dua kematian telah direkodkan setakat ini, dan kami menyeru semua orang untuk tidak keluar kecuali jika perlu,” umum jurucakap kerajaan Mekah dalam laman Twitter.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, hujan di kawasan selatan Jeddah antara 8 pagi dan 2 petang Khamis, yang mencapai 179 milimeter, adalah “tertinggi” pernah direkodkan. Ia melebihi jumlah hujan yang dicatatkan pada 2009 yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang maut dalam banjir kilat pada tahun itu.

Kerajaan juga terpaksa menutup sekolah dan jalan menuju ke Mekah susulan banjir besar yang berlaku. Malah, hujan dan banjir yang berlaku juga membuatkan jadual penerbangandi wilayah itu tergendala, lapor portal Arab.

“Sekolah juga ditutup di bandar Rabigh dan Khulais berdekatan “untuk menjaga keselamatan pelajar lelaki dan perempuan”,” ujar Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Perkongsian di media sosial menunjukkan hujan dan banjir yang berlaku bukan hanya menghanyutkan serpihan dan sampah sarap, malah juga turut menghanyutkan kenderaan yang ada.

Kerja-kerja dijalankan sepanjang masa untuk melaksanakan pelan kontingensi. Pihak perbandaran juga telah menggerakkan pasukan untuk membuang sisa yang mungkin terkumpul berikutan hujan lebat yang melanda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: