Antarabangsa

Israel Akan Beri Lebih Banyak Permit Kerja Kepada Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 22 Ogos 2022 – Israel merancang untuk memberikan lebih banyak permit kerja kepada rakyat Palestin di Gaza demi menghidupkan semula pengumuman permit kerja itu yang sebelum ini dibatalkan.

Pada 12 Julai lalu, langkah untuk meningkatkan permit kerja kepada 15,500 telah diumumkan, sebelum lawatan Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS) ke Israel dan wilayah Palestin. Namun ia dibatalkan empat hari kemudian susulan daripada tembakan roket dari Semenanjung Gaza serta serangan balas dari pesawat pejuang Israel.

“Keputusan itu akan berkuat kuasa dengan syarat keadaan keselamatan kekal tenang di kawasan itu,” kata Coordinator of Government Activities in the Territories (COGAT), sebuah badan kementerian pertahanan Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sivil di wilayah Palestin.

Lapor sebuah portal, permit kerja itu penting dalam menyumbang kepada pendapatan sebahagian daripada 2.3 juta penduduk Gaza yang telah disekat dengan ketat oleh Israel sejak gerakan Islam Hamas melakukan rampasan kuasa pada 2007.

Pengumuman ini adalah susulan daripada pertempuran selama tiga hari dalam bulan ini yang berlaku antara Jihad Islam dan Israel.

Menurut kementerian kesihatan wilayah Gaza, pertempuran itu mengakibatkan 49 warga Gaza terbunuh manakala ratusan yang lainnya cedera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: