Antarabangsa

Oman Tidak Akan Buka Ruang Udara Kepada Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MUSCAT, 22 Ogos 2022 – Oman tidak akan membuka ruang udaranya kepada penerbangan Israel, walaupun negara Teluk lain sudah berbuat demikian, lapor sebuah akhbar Israel.

Oman telah memutuskan perkara tersebut susulan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Eksekutif syarikat penerbangan Israel, Dina Ben Tal Ganancia bahawa Tel Aviv akan menerima kebenaran rasmi daripada Muscat untuk melalui ruang udaranya.

Tambahnya, dengan membenarkan penerbangan Israel melalui ruang udara Oman akan mengurangkan masa penerbangan negara tersebut untuk sampai ke negara-negara Timur Jauh, seperti India, Thailand dan China.

Ben Tal menjangkakan kebenaran tersebut diluluskan selepas Arab Saudi membenarkan Israel melalui ruang udaranya. Kata Ben Tal ketika itu, “Ia bukan hanya Arab Saudi. Kami memerlukan kelulusan bagi laluan penuh.”

Walaupun laporan halangan pembukaan ruang udara Oman terhadap Israel masih belum disahkan secara rasmi, keputusan itu akan menjadi halangan utama dalam rancangan Tel Aviv untuk menjimatkan masa penerbangan dan bahan api. Sebaliknya, mereka perlu melintasi Laut Merah dan sekitar kawasan Teluk semasa penerbangan.

Sebuah portal media Timur Tengah turut melaporkan bahawa kemungkinan keputusan tersebut dibuat kerana hubungan Oman dengan Tehran, selain desakan orang ramai untuk tidak menormalisasikan hubungan dengan Israel sehingga Palestin diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: