NGO

Kashmir Di Bawah Pemerintahan Hindu Akan Meningkatkan Konflik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kami teguh berdiri dan bersolidariti dengan warga Kashmir dalam penolakan mereka terhadap rejim BJP fasis yang meletakkan seorang Ketua Menteri Hindu di Jammu dan Kashmir yang diduduki India (IIOJK).

Penarikan balik status Kashmir sebagai negara autonomi pada 5 Ogos dibantah sekeras-kerasnya. Pemansuhan artikel 370 dan 35 (A) perlembagaan India adalah bertentangan dengan keputusan PBB.

Wilayah Jammu dan Kashmir yang dipertikaikan yang diduduki secara jelas melanggar Resolusi 47 PBB. PBB memberi mandat untuk sebuah referendum dan penentuan nasib sendiri untuk Kashmir dan India tidak mengendahkannya.

Tinjauan dewan kononnya untuk memberi hak mengundi kepada penganut Hindu India dalam IIOJK adalah agenda penjajahan penguasaan melalui perubahan demografi pengundi.

Jika amalan ini diteruskan, majoriti penduduk Kashmir yang beragama Islam akan bertukar menjadi seperti orang asing dan dicucuk hidung di tanah mereka sendiri.

Perlantikan wakil fasis tempatan di Jammu dan Kashmir bermakna keberadaan sebuah pendudukan total di bawah kuasa asing.

Kemasukan para pengundi dari negara asing juga bakal mengeja bencana untuk kewujudan Kashmir.

Membuatkan penduduk majoriti Muslim Jammu dan Kashmir berada di bawah pemerintahan Hindu adalah satu pencabulan kejam terhadap resolusi PBB dan ia merupakan manifestasi agenda Hindutva yang bakal dikenakan di Jammu dan Kashmir.

Penempatan semula penganut Hindu dari India boleh dilihat seperti pendudukan Yahudi di Palestin. Strategi kurang ajar untuk menaikkan populasi Hindu di IIOJK bagi mengesampingkan penduduk tempatan adalah satu cubaan penempatan penjajah.

Kami menolak sekeras-kerasnya perubahan keji BJP terhadap status Kashmir, pendudukan dan tindakan-tindakan berbaur politik di kawasan pilihan raya dengan tujuan untuk menguasai Kashmir.

5 Ogos 2019 adalah satu usaha licik untuk mengukuhkan cengkaman ke atas Jammu dan Kashmir. Meminggirkan warga Kashmir dalam proses pilihan raya adalah usaha untuk mengawal Jammu dan Kashmir.

Ini sama dengan menafikan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa. Hindutva ialah agenda religio-kolonial untuk menubuhkan sebuah negara dan tamadun Hindu dengan memusnahkan sesuatu kaum atau kewujudan bersama agama.

Di bawah pemerintahan Hindu dengan sokongan daripada RSS, proses demokrasi dipadamkan sepenuhnya dan setiap orang yang tinggal di India mesti tunduk kepada gerak kerja jahat Hindutva dan tidak ada yang lain.

Kami kesal dengan sikap acuh tidak acuh masyarakat dunia. Kashmir sebagai wilayah takluk dengan rakyatnya dinafikan hak untuk menentukan nasib mereka sendiri tidak boleh dilihat sebagai isu antarabangsa yang tidak penting. Pelanggaran dan penyalahgunaan hak asasi manusia secara terang-terangan oleh rejim BJP India terlalu jelas untuk diabaikan.

India merancang untuk menghapuskan sepenuhnya umat Islam di Kashmir dengan pembunuhan beramai-ramai. Bukti penghapusan etnik yang berlaku ada di mana-mana. Rejim India juga tidak menghormati kehidupan orang Kashmir mahupun hak asasi mereka untuk menentukan nasib sendiri.

Kami menggesa campur tangan antarabangsa tanpa berlengah-lengah untuk menghentikan BJP daripada meneruskan agenda Hindutva di Jammu dan Kashmir. Tindakan melanggar resolusi PBB tidak boleh dibiarkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Advokasi Rakyat Asean untuk Kashmir.
Presiden MAPIM

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: