Tempatan

SUHAKAM Mesti Hormat Semangat Perlembagaan – MACSA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

“Kami juga terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bertarikh 20 Januari 2021 yang menyentuh isu ini. Sebagai sebuah badan hak asasi negara, yang diinstitusikan oleh Akta Parlimen, kenyataan SUHAKAM adalah amat tidak bertanggungjawab terhadap kewajipannya, yakni yang pertama dan paling utama, menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang telah banyak meninggikan undang-undang Islam.”

Demikian kenyataan media Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA).

Dalam kenyataan itu lagi, MACSA terkejut apabila SUHAKAM menggambarkan bahawa hukuman Akta 355 dipinda khas untuk disasarkan kepada komuniti LGBT.

“Kenyataan yang digambarkan itu adalah salah sama sekali. Pindaan hukuman Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (dikenali sebagai Akta 355) sebenarnya adalah satu prosedur pindaan untuk menaikkan hukuman terhadap kesalahan Syariah.”

Menurut MACSA, Akta 355 tidak mencampuri mana-mana peruntukan jenayah sedia ada, maka ia tidak boleh ditujukan kepada mana-mana kesalahan yang didakwa, apalagi ditujukan kepada mana-mana kumpulan yang didakwa.

“Menggambarkannya sebagai sebaliknya adalah satu salah faham dan tidak benar.”

MACSA juga menyatakan, SUHAKAM gagal melihat golongan transgender sebagai satu perbuatan yang mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman masyarakat.

Maka, ia secara langsung bertentangan dengan Seksyen 4(4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang menyatakan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) boleh ditegakkan selagimana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“UDHR melindungi setiap individu, daripada ditangkap, diseksa dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh negeri. Perlu ditekankan di sini bahawa, tarikan seksual atau pemilihan jantina seseorang tidak memberikannya kebebasan untuk melanggar undang-undang.”

“Kami dengan hormatnya menasihati SUHAKAM untuk menghormati undang-undang Syariah di negara ini dan juga norma sosial masyarakat negara ini.”

“Hak asasi manusia tidak dapat ditegakkan tanpa maruah insan, yang hanya diperoleh apabila rasa hormat diberikan kepada masyarakat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: