Tempatan

Mahkamah Persekutuan: Kenapa Kita Mesti Ikut Precedent Import Dari India? – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2022 – “Badan kehakiman hanyalah mempertahankan fungsi kehakimannya dengan mengikuti duluan atau precedent yang sudah ditetapkan dalam membuat keputusan mengenai isu Perlembagaan,” kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) pada Sabtu lalu.

Peguam, Lukman Sheriff Alias mempersoalkan kenapa mahkamah perlu ikut precedent yang diimport dari India?

Katanya precedent yang dirujuk oleh Yang Amat Arif dan diikuti oleh mahkamah sememangnya wujud, tetapi ia adalah precedent baru yang diwujudkan oleh mahkamah sejak sekitar 2018.

Menurutnya lagi, sebelum wujudnya precedent baru ini telah wujud precedent yang menolak doktrin ‘basic structure’.

“Sebelum ini dah ada precedent berpuluh-puluh tahun menolak doctrine ‘basic structure’ ini yang dipegang oleh banyak hakim Agung kita. Kenapa kita perlu ikut precedent yang diimport dari India.”

Tambahnya lagi, doktrin yang digunapakai oleh mahkamah sekarang membuatkan undang-undang tidak boleh dicabar dan diubah.

Tegasnya, setiap undang-undang mesti bertanggungjawab kepada rakyat.

Sebelum ini, Lukman pernah menerangkan apa itu doktrin ‘basic structure’ dan apa implikasinya kepada Perlembagaan dan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: