Tempatan

Penyelidikan Jantina Ketiga: Jangan Tidakkan Hak Asasi Transgender – Pesuruhjaya SUHAKAM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2021 – “Jantina ketiga adalah mereka yang dilahirkan lelaki atau perempuan tetapi mempunyai “jiwa” yang bertentangan dengan fitrahnya.”

“Bagi SUHAKAM, kita tak boleh menidakkan hak asasi seseorang itu semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender,” kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus.

Atas sebab ini, bekas hakim Mahkamah Rayuan itu bertegas agar SUHAKAM diberi kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini walaupun mendapat tentangan.

Dakwanya, tiada undang-undang yang mengatakan menjadi seorang transgender adalah salah di sisi undang-undang.

“Tidak ada undang-undang atau enakmen negeri mengatakan jika seseorang itu dilahirkan transgender, ia menjadi kesalahan kerana ia adalah sifat semula jadi.”

“Isu transgender adalah satu “medical condition” yang tidak dapat dirawat dan akan membelenggu seseorang itu seumur hidup.”

Kata Hishamudin Yunus lagi, projek penyelidikan yang dijangka berjalan selama lima bulan bermula dari tarikh pelantikan dengan tarikh tutup permohonan pada 30 Jun ini juga hanyalah kajian dalam badan itu dan tidak membabitkan orang awam.

“Kita baru peringkat nak kaji, perkara ini adalah urusan dalaman dan bila kita nak buat kajian sudah tentu kita akan iklankan untuk dapatkan penyelidikan.”

Pencarian penyelidik untuk kajian jantina ketiga SUHAKAM ini mendapat bantahan daripada JAKIM, YADIM, MACSA, UMMAH dan Mardhiyyah Johari, Ketua Kluster Undang-Undang, Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia/ i-AWARE.

Menurut Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, kajian ini bukan sahaja dilihat sebagai seakan satu usaha untuk pengiktirafan gender ketiga iaitu golongan transgender yang jelas bertentangan dengan syariat Islam, malahan juga norma budaya masyarakat.

“Mungkin akan ada yang berkata: “Ini hanyalah sebuah kajian.” Namun pernyataan Dapatan Kajian (Research Outcome and Deliverables) dalam proposal penyelidikan tersebut jelas menyebutkan mengenai usaha untuk memberikan cadangan (recommendations) kepada pihak kerajaan untuk pengiktirafan Gender Ketiga iaitu kumpulan Transgender.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button