Antarabangsa

Di Ambang Perang Bosnia Kedua?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAJEVO, 17 Januari 2022 – Negara Bosnia kini dikhuatiri berada di ambang perang saudara dan keganasan etnik kali kedua susulan tindakan dan ucapan Milorad Dodik, salah seorang daripada tiga presiden negara itu.

Sejak Disember lalu, Dodik, yang merupakan nasionalis Serbia berikrar untuk memisahkan Republik Srpska, Serbia dari negara Bosnia.

Ahli-ahli Parlimen Serbia telah mengadakan undi bagi menarik diri daripada pemerintahan pusat negara dan mewujudkan pasukan tentera, badan kehakiman dan sistem cukai yang tersendiri.

9 Januari lalu, sewaktu sambutan hari kebangsaan Republik Srpska yang diharamkan di Bosnia, Dodik mengeluarkan kenyataan yang bersifat kebencian terutama terhadap Muslim Bosnia.

“Kami membentuk Republik Srpska kerana kami tahu tiada kebebasan untuk rakyat Serbia jika mereka tidak mempunyai negeri mereka.”

“Republik Srpska adalah negeri kita. Matlamat kita ialah keamanan dan mempertahankan kebebasan kita.”

Puncak kepada retorik kebencian tersebut menyaksikan Muslim Bosnia kini berada dalam ketakutan selepas puak-puak nasionalis Serbia bertindak membahayakan nyawa mereka seperti melepaskan tembakan dari dalam kereta di kawasan masjid sewaktu jemaah Bosnia sedang menunaikan solat fardhu Subuh.

Menurut Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Bosnia, Christian Schmidt,

“Cadangan bahawa Serbia boleh membentuk pasukan tenteranya sendiri mengancam bukan sahaja keamanan dan kestabilan negara dan wilayah, tetapi, akan menyebabkan terbatalnya Perjanjian Dayton jika komuniti antarabangsa tidak melakukan sesuatu.”

Dayton atau Dayton Agreement merupakan perjanjian antara tiga negara iaitu Bosnia, Serbia dan Croatia untuk menamatkan Perang Bosnia yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1995.

Rabu baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan ke atas Dodik atas tindakannya yang mengancam kestabilan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Bosnia dan Herzegovina.

Selain pembekuan aset, AS turut menyekat visa dan stesen televisyen yang berada di bawah kawalan Dodik.

“Silap besar jika mereka fikir mereka boleh mendisplinkan saya menggunakan cara itu,” ini respons nasionalis Serbia itu terhadap tindakan Amerika Syarikat tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: