Antarabangsa

Kerajaan Sepanyol Dalang Disebalik Serangan Jihad Barcelona – Mantan Ketua Polis Sepanyol

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANYOL, 17 Januari 2022 – Jose Manuel Villarejo, mantan Ketua Polis Sepanyol baru-baru ini mengakui bahawa jabatan risikan Sepanyol, Centro Nacional de Inteligencia (CNI), merupakan dalang di sebalik pengeboman Jihad di Barcelona pada tahun 2017.

Dalam video perbicaraan melibatkan skandal korupsi beliau, mantan ketua polis tersebut telah mendedahkan bahawa pihak risikan Sepanyol telah bersekongkol dengan kumpulan Jihad bagi menakutkan kumpulan yang menuntut pemisahan wilayah Catalonia daripada Sepanyol.

“Saya bantu mereka (CNI) untuk perbaiki kerosakan yang tercetus daripada kes serangan pengganas yang sering diperkatakan, serangan ‘Imam Ripoli’.

Padahal ianya adalah kesilapan besar daripada pihak Sanz Roldan sendiri yang gagal menganggarkan impak dari usahanya untuk mencetuskan sedikit ketakutan di Catalonia,” ujar beliau.

Sanz Roldan yang disebutkan merupakan bekas Pengarah Jabatan Perisikan terkemuka Sepanyol, CNI. Pihak CNI didakwa bersekongkol dengan pengebom yang telah mengakibatkan kehilangan 16 nyawa untuk memerlahankan usaha pemisahan Catalonia daripada Sepanyol.

Pendedahan ini dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Presiden Catalonia, Josep LLuis Alay di laman Twitter beliau pada rabu lalu.

“Bekas Ketua Polis Sepanyol mengaku bahawa Jabatan Risikan Sepanyol (CNI) adalah dalang di sebalik serangan Jihad di Barcelona pada Ogos 2017. Niat mereka adalah untuk menakut-nakutkan Catalonia sebelum referendum kemerdekaan Catalonia,” ujar beliau.

Pergolakan antara Kerajaan Pusat Sepanyol dengan kerajaan Catalonia telah bermula semenjak tahun 2009 lagi, di mana wilayah Catalonia menuntut pemisahan daripada kekuasaan kerajaan Sepanyol yang berpusat di Madrid.

Pada 2017, Parlimen Catalonia telah mengusulkan referendum yang dikenali sebagai “Referendum Kemerdekaan” untuk menuntut perpisahan daripada Kerajaan Pusat Sepanyol. Hal ini mencetuskan ketegangan antara Kerajaan Pusat dan Wilayah Catalonia.

Leave a Reply

Back to top button