Antarabangsa

Emmanuel Macron Menang, Diharap Dapat Ubah Nasib Komuniti Islam Di Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Perancis, 27 April 2022 – Kemenangan Emmanuel Macron diharap dapat mengubah nasib komuniti Islam di Perancis dan memperbaiki persepsi masyarakat Islam terhadap Perancis.

Hal ini kerana, pengaruh islamofobia semakin berleluasa ketika pilihan raya berlangsung malah ada yang melabelkan umat Islam sebagai ancaman kepada masyarakat Perancis di bawah pimpinan Emmanuel Macron.

“Kita lihat dengan jelas sewaktu perbahasan di Dewan Negara di mana mereka mensasarkan komuniti Islam.”

“Terdapat idea mengenai isu pemisahan yang besar dan komunitarianisme dalam masyarakat yang perlu diperjuangkan oleh Perancis dengan undang-undang,” ujar Penyelidik Sains Politik, Julien Tanpin.

Emmanuel sebelum ini menyelar cadangan saingan sayap kanannya, Marine Le Pen yang mahu melucut hak wanita Islam untuk berhijab di khalayak ramai.

Katanya, larangan untuk wanita Islam berhijab itu akan mencetuskan ‘perang saudara’ di negara yang mempunyai komuniti Islam terbesar di Eropah Barat.

Ahad lalu, Emmanuel memperoleh 58.8 peratus undi berbanding saingannya Marine Le Pen sebanyak 41.2 peratus.

Kemenangan ini merupakan sejarah buat Macron sebagai Presiden pertama di Perancis yang dipilih semula selepas 20 tahun.

“Tiada siapa di Perancis akan dipinggirkan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: