Antarabangsa

PBB: China Gesa Sekatan Ekonomi Ke Atas Syria Dibatalkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 15 Februari 2023 – China telah menyeru agar sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Syria dibatalkan serta merta berikutan kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda negara Arab tersebut.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun sewaktu menghadiri Majlis Keselamatan PBB pada Isnin lalu.

Zhang menyatakan bahawa sekatan unilateral yang dikenakan kini betul-betul memberi kesan buruk pada teras ekonomi dan perkembangan negara-negara yang terkesan dengan gempa bumi tersebut dan telah menyebabkan ramai kanak-kanak kehilangan hak asasi mereka.

Menurutnya lagi, sekatan unilateral yang dikenakan terhadap Syria yang beliau sifatkan sebagai “tidak sah” itu telah menyebabkan kekurangan alatan penyelamat yang serius.

Ianya turut menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kanak-kanak yang terperangkap di bawah runtuhan tidak dapat diselamatkan. Menurutnya lagi,

“Kami sekali lagi menyeru agar negara-negara yang terbabit membatalkan sekatan unilateral yang tidak sah itu serta merta tanpa sebarang syarat. Kami juga menyeru mereka agar tidak berlaku zalim dengan berlakunya bencana alam ini, tidak merampas harapan anak-anak kecil untuk meneruskan kehidupan serta tidak terlibat dalam tindakan politik yang hipokrit”.

Zhang turut menyatakan bahawa kanak-kanak adalah golongan yang paling tidak bersalah serta paling terkesan atas konflik bersenjata yang berlaku serta menekankan bahawa pencegahan serta penyelesaian konflik hendaklah menjadi keutamaan dalam melindungi golongan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: