Antarabangsa

Iktiraf Baitulmuqaddis Ibu Negara Rejim Haram Aparteid Israel, Ahli Politik Itali Terima Kecaman

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROME, 04 September 2022 – Kedutaan Palestin di Rom dan ahli politik Itali telah mengecam seorang pemimpin parti sayap kanan Itali, Matteo Salvini yang berikrar untuk mengotakan janjinya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara rejim haram aparteid Israel.

Ujarnya ketika berkempen untuk pilihan raya, “Saya sudah berjanji. Saya komited sepenuhnya untuk membantu penduduk Israel. Alangkah baiknya jika Itali merupakan negara Eropah pertama yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.”

Lapor agensi media Arab, Matteo berpendapat bahawa negara demokrasi seperti rejim haram aparteid itu berhak mempertahankan diri daripada sebarang ancaman terhadap kewujudan dan kebebasannya.

Selain daripada pengiktirafan tersebut, dia turut berjanji untuk memindahkan kedutaan Itali ke rejim haram aparteid Israel.

Walau bagaimanapun, Kedutaan Palestin mengutuk tindakan berkenaan dan berkata, “Kami kesal kerana isu asas seperti status Baitulmuqaddis telah disalahgunakan sewaktu kempen pilihan raya.”

Tegas kedutaan itu, “Sudah diketahui bahawa Timur Baitulmuqaddis, yang diduduki secara ketenteraan oleh Israel sejak 1967 bersama seluruh Tebing Barat dan Gaza, adalah ibu kota Palestin yang sah.”

Ahli politik Itali, Luigi de Magistris pula mengecam kenyataan Matteo dengan berkata bahawa dia bersalah untuk terus menyemai dasar kebencian dan kemarahan dengan bercakap tentang Baitulmuqaddis sebagai ibu kota rejim haram aparteid Israel.

“Rakyat Palestin tidak boleh ditindas lagi kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”

Piero Fassino, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar di Dewan Perwakilan Itali turut berpendapat bahawa Matteo dan propagandanya harus dihentikan kerana tidak produktif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: