Antarabangsa

Facebook Sedia Sejumlah Besar Maklumat Jenayah Perang Myanmar – Penyiasat PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 13 September 2022 – Ketua pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar berkata bahawa Facebook menyerahkan berjuta-juta item yang boleh menyokong dakwaan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.

Lapor sebuah portal berita antarabangsa, Mekanisme Penyiasatan Bebas untuk Myanmar (IIUM) telah ditubuhkan bagi membuka fail kes untuk dibicarakan di peringkat nasional, serantau serta antarabangsa.

Mekanisme yang ditubuhkan pada September 2018 turut berperanan untuk memelihara dan menganalisis bukti jenayah antarabangsa yang paling serius serta pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan Myanmar sejak 2011.

Facebook telah berkongsi dengan mekanisme itu berjuta-juta item daripada rangkaian akaun yang diambil daripada syarikat berkenaan kerana mereka menyalahgunakan identiti,” kata Nicholas Koumjian, ketua IIMM sewaktu berucap kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.

Facebook yang menukar nama syarikat induknya kepada Meta Platforms Inc (META.O) tahun lalu, mengatakan bahawa mereka menyokong usaha antarabangsa untuk melaksanakan tanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan terhadap Rohingya.

Pengarah Dasar Hak Asasi Manusia di Meta, Miranda Sissons, melalui emelnya berkata bahawa mereka membuat pendedahan tersebut secara sukarela kepada mekanisme penyiasatan PBB sama seperti pendedahan maklumat awam kepada Gambia.

Setakat ini, IIMM telah mempunyai sebanyak 67 bukti dan hasil analisis yang akan dikongsikan kepada pihak berkuasa kehakiman termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Koumjian.

ICC juga telah membuka kes berkenaan pengusiran dan jenayah kemanusiaan lain berhubung pelarian Rohingya yang dipaksa masuk ke Bangladesh.

Terdahulu, Myanmar telah menghadapi tuduhan pembunuhan beramai-ramai di ICC berhubung tindakan keras tenteranya terhadap golongan minoriti Rohingya.

Myanmar bagaimanapun menafikan pembunuhan beramai-ramai itu dan mengatakan bahawa tenteranya menjalankan operasi yang sah terhadap militan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: