PRU-15

PRU-15: PH Janji Iktiraf UEC, Tawar Dua Jawatan Timbalan Perdana Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 02 November 2022 – Janji mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta penawaran dua jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi ikrar utama Pakatan Harapan dalam manifestonya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

Menurut laporan daripada portal berita tempatan itu, PH berjanji untuk menjadikan institusi pengajian tinggi awam mengiktiraf UEC dengan syarat sekurang-kurangnya kepujian untuk kertas Bahasa Melayu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pemohon.

“Untuk memenuhi objektif ini, UEC akan diterima sama seperti syarat am sedia untuk pendaftaran di institusi pengajian tinggi awam,” menurut manifesto tersebut yang disiarkan di laman web PH hari ini.

Bukan itu sahaja, PH turut berjanji untuk mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRU15 ini, di mana seorang didatangkan dari Semenanjung manakala seorang lagi dari Sabah dan Sarawak.

Untuk rekod, tarikh PRU 15 telah ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: