Tempatan

Bagaimana Jika Saya Katakan Tiada Bukti Tuhan Itu Wujud — Raja Petra Kamaruddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 November 2021 – Dalam mempersoalkan keikhlasan parti-parti politik memperjuangkan hak kebebasan dalam prinsip demokrasi, Raja Petra Kamaruddin memberikan contoh berikut: “Biar saya kemukakan satu contoh. Katakan saya utarakan kenyataan bahawa saya menolak Kitab-Kitab Suci (Perjanjian Lama, Perjanjian Baru dan Quran) kerana tidak ada bukti kesemua kononnya ‘Kitab-Kitab Suci’ datang dari Tuhan. Sebenarnya, tidak ada juga bukti bahawa Tuhan itu sendiri wujud.”

“Di bawah konsep kebebasan sivil dan kebebasan bersuara, pilihan, pemikiran, ibadat, dan lain-lain, pernyataan ini sepatutnya tidak akan menarik perhatian. Akan tetapi, sebaliknya, ia akan mencipta gelombang demi gelombang, laporan polis akan dibuat, dan pihak berkuasa dan ahli politik akan mengutuk penyataan ini,” tegas Raja Petra Kamaruddin.

Beliau mengemukakan contoh ini sebagai bidasan terhadap sikap Pakatan Harapan (PH) yang tergamak menuduh kerajaan sebagai tidak menghormati hak asasi manusia, kebebasan sivil, dan pelbagai lagi kebebasan termasuklah kebebasan bersuara dan beragama, sedangkan para pemimpin PH sendiri juga tidak melakukan sebarang perubahan sewaktu berkuasa dahulu.

“Jelaslah Pakatan Harapan cuma bercakap tetapi tidak lakukan apa-apa.”

“Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan. Apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh 22 bulan itu untuk beri lebih liberti dan kebebasan? Ada mereka lakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan?”

Menurut penulis blog itu, pimpinan PH sedar akan hakikat bahawa perundangan Malaysia tidak membenarkan bentuk kebebasan sedemikian, “Pakatan Harapan tidak berlaku jujur kepada rakyat Malaysia.”

“Dan Pakatan Harapan tidak akan berikan kamu lebih kebebasan sivil walaupun mereka menjadi kerajaan.”

Oleh itu, adalah mustahil untuk rakyat memperolehi lebih kebebasan sivil menurutnya lagi tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan sama ada Perikatan Nasional, Barisan Nasional atau pun Pakatan Harapan.

“Sebagai contoh, seorang Melayu tidak boleh menjadi atheist, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain atau menjadi Syiah. Menurut perundangan, adalah mandatori bagi orang Melayu menjadi Muslim Sunni.”

“Jika kamu adalah Melayu, kamu tidak ada kebebasan berfikir, kebebasan memilih, atau kebebasan agama,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: